Sunday 14 October 2012

ENAL AMER SUATU KETIKA DAHULU :')

ASSALAMUALAIKUM :)

hampir 10 bulan aku membiarkan blog bersawang tanpa ada sebarang update , kerana aku busy dan macam macam dugaan yang perlu aku tempuhi sepanjang  practical di unit kemasukan  & rekod kptm,bangi. abai kan yang itu, kerana blog kali ni bukan nk cerita pasal kejadian malang, tapi blog kali ni bunyi dia 

setiap gambar ada ada cerita
 dan 
disini aku selitkan cerita aku suatu ketika dahulu .  

pastinya gambar gambar itu adalah gambar yang mempunyai cerita lama yang pasti mengingat kan aku pada seorang kawan , ex girlfriend dan sesiapa yang pernah kawan dengan aku.

bertema kan cerita lama, so aku selitkan gambar lama aku suatu ketika dahulu 
exclusive hanya di enalamer.blogspot.com :)

haii , my name is enal amer bin mohammad roffie. yess im enal amer yang dulu kecik kecik comey comey molek molek tu. tak percaya ? haha
 shuttt ! jangan gelak tengok gambar saye niee.
im adik ! 15 years old. disini saya nak cerita mengenai diri saya suatu ketika bergelar budak kecik. 

ceritanya bermula di bawah

sebelum aku berpindah ke seri manjung , aku tinggal di shah alam dan bersekolah di highschool setapak,  TAHUN 2007 
aku mula berpindah ke seri manjung kerana parent devorce, hari pertama aku di seri manjung, aku sibuk mengurus kan pendaftaran aku ke sekolah menengah seri manjung.
setibanya aku di dalam kelass , suara pertama yang kedengaran adalah suara budak setan 
'MUHD FARHAN'. dia jerit dalam class yess ! SETAN BARU MASUK KELAS KITA ! HAHA. SANGAT ERR je aku time tu . sabar je -.-''
aku mula hidup tanpa seorang bapa di seri manjung, kadang2 bila aku join family day or lepak dengan family kawan2 aku yang mempunyai bapa , jujur aku cakap aku menangis SORANG2 tapi masa form3 form4 dulu lah kerana aku jeles tgk kawan kawan mempunyai ayah. ayah hantar pegi sekolah. yang paling aku sebak ketika aku berada di politeknik , abah tak pernah sekali pun menjejak kaki ke politeknik utk melawat aku.
hari pendaftaran politeknik ,  hari pertama ketika mak hantar ke hostel dan mak balik. aku masuk bilik roomate aku takde. aku kunci pintu lepas tu aku nanges sorang. lepas nanges aku telefon mak tnya mak dkt mana dah. tiap tiap minggu aku balik masa sem1 dulu. rindu dkt mak. tp lepas menyesuaikan diri dkt kolej alhamdulillah.
walaupun aku tidak mempunyai seorang ayah 
TAPI
aku bersyukur kerana masih mempunyai seorang ibu yang kuat mengalah kan seorang ayah yang melahir kan aku menjaga aku sehingga besar , mencari rezeki yang sanggup bersusah payah utk melihat anaknya senang dan berjaya. engkau lah ibu dan engkau lah ayah.

gambar gambar di bawah nie jangan ada tanggapan negative smua gambar di bawah adalah gambar under age ! 18tahun ke bawah :)

gambar pertama !
aku dengan MUHD FARHAN . cerita mengenai gbr ini berada di bawah gbr :p

jangan gelak tgk gambar nie yang telah di edit oleh si farhan nie abis ada tanduk dkt kepala aku
gbr nie masa kami tingkatan 3, budak budak baru nak up lah kan kata mak hayam.
kami jalan jalan dkt ipoh parade mall , beli beli belah sikit. main bowling.
ni lah kali pertama aku sampai ke ipoh parade mall sebelum aku berpindah di seri manjung,perak aku tinggal di shah alam dan bersekolah di highschool setapak, duduk hostel lah kan weekend outing masa zaman sekolah dulu dulu dkt SOGO, PERTAMA KOMPLEKS. panjang kan rambut aku berbeza dengan sekarang, banyak perubahan yang korang telah npk dengan enal amer yang sekarang. ke takde beza ? HAHA

gambar yang kedua adalah gbr dekat sekolah :)
kawan kawan kelas tengah mengecat. aku melepak dengan 
seorang kawan di kelas kosong, bergambar , menyanyi dan lain lain. hihi :p
bila tengok gambar nie , senyum sorang sorang.
rasa nak balik masuk sekolah macam dulu dulu.
rindu jugak dekat rambut yang panjang macam nie tapi kekurangannya harus
ke SALON dah macam MAK HAYAM kena jaga rambut bagai -..-


gambar ketika tingkatan 3 di edit oleh my ex girlfriend.
gambar nie masa sy tingkatan 3 dulu, couple dengan adik ex girlfriend muhd farhan !
nama dirahsiakan :)


gambar nie ketika di Tingkatan 4 
Dating dengan NADIAH MADIHAH ex girlfriend saya :)


dating dengan nadiah madihah ex gf saya di rumah OPAH dia di 
sitiawan perak. masa nie makngah dgn pakngah keluar pegi mana
ntaah. lepas tu kami duduk berdua je dkt rumah opah macam tak sedap pulak
so kami keluar laah jalan2 dkt luar rumah makan coklat. tgk tu dkt tangan ada coklat ! 
tapi tu semua tinggal kenangan  kawan kami selama 3 tahun
couple - break couple smula dan break dari saya 15 thn hingga lah 18tahun
tapi kami tetap berkawan macam biasa cuma sayang tu takde lah macam dulu :)


gambar ketika berada di tingkatan 5 menghadiri hari merentas desa SMK SERI MANJUNG,PERAK

nampak tak budak degil , kawan kawan semua pakai baju sukan sekolah.
aku selamba derrk je pakai baju putih, dengan takde geng pakai baju putihnya
SELAMBAA ! HAHA :D
kurus gila time ni berat badan 45kg berbanding sekarang 62kg.dulu merentas desa dpt laah numb 7 CR7.
sekarang kena kejar dgn hanjing pun tak larat lari dah ..

 lepas habis je spm wehh ! panjang kan rambut lepastu perang kann. kau hadee ? 
HAHA :D

lepas je habis spm dulu sebok laah nk lepas gian pasal masa sekolah tak boleh
rambut panjang , tak boleh perak kan rambut. lepas spm habihh aa
jadi tak betul macam niee. tapi kejap je jadi mat saleh. lepas dpt kerja 7eleven 
im back to normal life :p

Terpaksa berambut pendek utk bekerja di 7eleven seri samudera,perak
gambar nie adalah gbr hari pertama aku berambut pendek.
tiada lagi rambut tutup tutup mata, mulanya aku tak selesa.
tapi lama2 rasa selesa dan senang jaga. ramai ckp aku sesuai berambut pendek 
sehingga lah sekarang :)



begitu begini lah cerita masa zaman belasan tahun dahulu, banyak lagi gambar tetapi yang ini sahaja lah yang dapat saya kongsi kan di enalamer.blogspot.com. bila tgk gambar gambar nie balik senyum lah sorang sorang. macam macam kenangan pahit manis yang aku lalui sepanjang kehidupan di alam kanak kanak ke zaman persekolahan seterusnya alam pekerjaa berbalik semula ke alam pengajian university bagi meningkat kan taraf hidup di dunia dan di akhirat. insyallah :)

2 comments:

  1. well you memang dah banyak berubah :)

    ReplyDelete
  2. dulu budak budak kann , apa yg terfikir di kepala after pmr enjoy after spm enjoy macam nie lah jadi diaa :p

    ReplyDelete